Tuesday, July 7, 2015

LANGKAH KE ENAM : PEMBINAAN BERMULA


Baiklah, sy sebenarnya tidak mahu mengupas proses pembinaan dari A sampai Z. Anda boleh dapatkan maklumat berkenaan proses, dari blog sahabat sy yg menceritakan sendiri pengalaman mereka membina rumah.

Antara blog yg menjadi rujukan saya adalah

binarumahsendiri.blogspot
banglowimpianku.blogspot
Blog Je Emm
Perjalanan Membina Rumah Sendiri
buatrumahsendiri.blogspot

Satu perkongsian yg baik dari penulis. Saya cadangkan sesiapa yg bercadang membina rumah sendiri, membaca sendiri blog tersebut.

Baiklah.. Tujuan sy sebenar adalah membantu pembaca mengenal dan mengira kuantiti bahan binaan rumah anda. Punca masalah seperti budget tidak mengcukupi dan pembaziran bahan binaan adalah menjadi punca kepada proses pembinaan tertangguh.

Cuba bayangkan anda menganggarkan jumlah beg simen untuk pembinaan rumah sebanyak 450 beg. Beli banyak, dpt diskaun. Tetapi setelah proses pembinaan selesai, anda dapati lebihan beg simen sebanyak 10 unit.

           1 beg simen = RM 20.++
         20 beg simen = RM 200.++

Sebaliknya pula jika bahan binaan x mencukupi. Dalam pada masa yang sama, anda perlu membayar upah pekerja. Proses pembinaan akan tertangguh. Itu baru simen, bagaimana dengan bahan yang lain. Simen jika tidak di simpan di tempat yg betul, akan rosak. Dah rugi RM 200.++

Bagi projek besar, seperti sekolah, hospital, perumahan, mereka mengupah Quantity Surveyor untuk mengira kuantiti bahan yg di gunakan. Tapi bagi projek kecil, x kan nk pkai Qs plak ye.

Jadi sebagai tuan rumah yg bakal anda duduki, anda perlu menganalisa sendiri kuantiti bahan.

Saya harap, penulisan sy selepas ini cara menentukan kuantiti barang dapat membantu anda.


LANGKAH KELIMA : Permohonan Pinjama

Bagi kakitangan kerajaan anda boleh terus memohon ke Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu di bawak kelolaan Bahagian Perbendaharaan Malaysia. Untuk proses pinjaman, beberapa dokumen perlu di sediakan oleh Peminjam. Anggaran untuk proses meminjam adalam RM 100.++


Berapa boleh pinjam? Kadar pinjaman mengikut kadar rumah semasa. Jumlah pinjaman akan di nilai oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta. Kalau harga rumah RM300,000.++, lepas tu nak pinjam RM500,000.++, memang x dpt lah der..

Proses pinjaman lebih kurang sebulan dari tarikh yang di pohon.


Bagi kakitngan bukan kerajaan/ swasta, anda boleh membuat pinjaman melalui bank.

Monday, July 6, 2015

LANGKAH KE EMPAT : PERJANJIAN JUAL BELI (SALE PURCHASE AGREEMENT

Setelah pelan di luluskan, anda perlu melantik peguam dan kontraktor  untuk urusan pinjaman dan perjanjian jual beli. Bagi yang memilih untuk bina rumah sendiri, boleh pinjam lesen kontraktor, SSM, lesen CIDB dari pihak ketiga, kontraktorlah.. Pinjam lesen bukan free tau. Mungkin kontraktor caj 1% dari jumlah pinjaman.

Jenis Pinjaman

 JENIS I: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP 
 JENIS II: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI 
 JENIS III: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN 

 JENIS IV: MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH 
 JENIS V: MENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN 
 JENIS VI: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN 
 JENIS VII: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN


(Sumber : Bahagian Pinjaman Perumah, Jabatan Perbendaharaan Malaysia)

Syarat kelayakan boleh semak di sini : Syarat-syarat pinjaman


Anggaran Kos Proses

i. Bayaran Khidmat Peguam 
    1% untuk RM100,000.++ 
   0.7 % untuk pinjaman seterusnya

ii. Bayaran Perjanjian Jual Beli
  10% dari kos pinjaman

iii. Kos Pinjam Lesen Kontraktor
     1% dari kos pinjaman



LANGKAH KETIGA : PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG


Apabila rekaan sudah siap, anda boleh hantar rekaan untuk kelulusan pihak local authority. Proses ini mengambil masa 30-50 hari bergantung pada keadaan.

Proses permohonan boleh di lakukan secara online melalui One Stop Center




Laman Web : One Stop Center e-PBT

Proses kelulusan pelan binaan merangkumi 4 fasa.
1. Jabatan Bangunan
2. Jabatan Perancangan
3. Jabatan Kejuruteraan
4. Indah Water Konsortium (IWK)

Lepas sebulan submit pelan, anda boleh menyemak status permohonan di laman web yang sama.


LANGKAH KEDUA : PELAN RUMAH


Bagi memulakan kerja binaan, anda harus membuat pelan rumah yang anda impikan. Saya x pandai lukis pelan encik. Jgn risau, dengan zaman yang serba moden dan dunia di hujung jari, anda boleh mengupah peluki pelan bertauliah untuk menguruskan bentuk dan rekaan rumah anda. Penting sngat ke pelan rumah ni? Ya.. sangat penting !!

Pelan Rumah
i.  Untuk mendapat kebenaran merancang dari Local Authority
ii. Untuk memohon pinjaman perumahan

Di internet juga anda boleh membeli pelan rumah yang sedia ada.



Harga
Anggaran satu proses pelan, dapatkan cop dan submission ke local authority RM 5,000.++. Itu harga bagi rumah satu tingkat. Kalau lagi besar rumahnya dan cantik rekaanya mungkin harganya bertambah mahal.

Bagi yang kurang bajet, sy cadangkan beli sahaja rekaan yang sedia ada dengan pelukis pelan. Harga antara RM 200 ke RM 500
untuk setiap set. Setiap set lengkang dengan pelan bumbung, pelan lantai, pandangan sisi,pandangan hadapan, spesifikasi dan saiz.

Contoh Syarikat yg menjual Pelan Rumah
1. Pelan Rumah Online
2. Reka Bentuk Rumah.com
3. Pelan Banglow.com

Ini adalah contoh syarikat yang menjual rekaan rumah sedia ada yang saya dapati di internet.

Terima Kasih

LANGKAH PERTAMA : CARI TAPAK RUMAH



Pertama kali, ape yg anda perlukan adalah tapak rumah. Kat mana nak cari? Ha.. selalu kalau pergi jalan jalan, balik kg ke.. mata tu pandang skit kiri kanan. Kadang kadang ada iklan yang promosi tanah untuk di jual.

Tak jumpa tanah? Anda boleh ke local authority atau pejabat tanah untuk mencari jika ada tanah kosong yg nk dimajukan.

Tak jumpa juga ? Boleh check dekat surat khabar atau pun internet.


Contoh Iklan di Internet



Sebelum beli tanah, boleh lakukan site visit dulu.
1. Tengok kawasan kerjiranan sesuai atau tidak.
2. Keadaan bentuk muka bumi. Elakkan kawasan bercerun.          Nanti kos bina rumah bertambah. Kena bina retaining wall  pulak.
3. Keadaan tanah. Jangan terlampau keras atau lembut.
4. Kalau nak selamat, adakan site visit waktu hujan. Tengok sama ada kawasan itu banjir atau tak.
5. Harga? Saya x pandai sngat psal harga. Bagi sy, cube cari 2 tanah di kawasan sama, cuba compare per square feet harga 2 tanah berikut. Boleh juga check harga tanah di pejabat property.

Dah setel semua, tanah ok, harga puas hati. Boleh lakukan proses pembelian dengan tuan rumah.

Proses Pindah Milik Tanah


A. Dokumen

  1. Dokumen Hakmilik Asal (Geran asal)
  2. Cukai Tanah Tahun Semasa Telah dijelaskan (pastikan tiada tunggakan cukai)
  3. Cukai Taksiran telah dijelaskan(Cukai Pintu Majlis Tempatan)
  4. Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli
Langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk mendapatkan Borang Pindahmilik (14A) daripada Pejabat Tanah berhampiran

Borang yang lengkap di isi harus di tandatangan dihadapan pegawai penyaksi seperti yang telah ditetapkan di dalam Jadual Kelima Kanun Tanah Negara.

Akhir sekali ikrar tukar milik tanah di pejabat duti setem dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

B. Kadar Bayaran

1. Bayar urusan pindah milik tanah
Jika Harga Pasaran :-              

i.   RM 50K ke bawah (RM 50)
ii.  RM 50K ke RM 200K (RM200)
iii. RM 200K ke RM 500K (RM400)

2. Tukar Nama
    RM 30.00

P/s : Lain lain kadar bayaran boleh check di Pejabat Tanah berhampiran
BELI TANAH BUAT RUMAH

Hari ni sy nk kupas sedikit berkenaan buat rumah sendiri. Pembinaan rumah di tanah sendiri ada dua pilihan :-

Pertama : Panggil kontraktor buat rumah

Secara jujurnya proses ini sama sahaja seperti anda membeli rumah di mana mana pemaju perumahan. Cuma bezanya, anda sendiri yang menentukan pelan, saiz, rupa dan spesifikasi rumah tersebut. Kontraktor akan bertindak menguruskan segala proses bermula memohon kelulusan sehingga lah rumah itu siap.

KEDUA : Anda bertindak sebagai kontraktor

Proses ini sangat menjimatkan dari segi kos. Tiada kos tersembunyi. Anda yang menguruskan rumah dari awal hingga akhir. Proses in perlukan kekangan masa anda. Jadi pada yang bekerja 8 pagi hingga 8 malam proses ini tida sesuai. Anda sendiri yg memantau segala proses melibatkan pembelian bahan binaan, upah tukang dan pelbagai lagi.

Saya gambarkan situasi 2 jiran Cik Mona dan Cik Rose yg duduk berjiran. Cik Mona menggunakan proses pertama manakala Cik Rose menggunakan proses kedua. Kedua dua nya membuat rumah dengan harga yang sama iaitu RM 300,000.++

Terdapat perbezaan ketara antara rumah Cik Mona dan Cik Rose contohnya jenama bahan di gunakan, gred bahan dan juga kecanggihan.

Rumah Cik Rose jauh lebih mewah dari Rumah Cik Mona. Saya bandingkan  dimana kah perbezaan ketara yg dpt di lihat.


                                         CIK MONA                      CIK ROSE

Bahan Binaan         =    RM 120,000                    RM 180,000

Upah                         =    RM 120,000                    RM 120,000

Keuntungan            =    RM 60,000                       Tiada
Kontraktor

Nampak kat mana beza??

Satu hari Mak Mertua Mona dtg melawat.

Mak Mertua : Berapa harga rumah kau ni Mona?

Cik Mona : Tiga ratus ribu, Mak!

Secara kasarnya, jawapan Cik Mona salah. Harga sebenar rumah Cik Mona adalah RM240,00 sahaja.

Kontraktor x boleh dipersalahkan dalam hal ni. Diorang pun nak cari makan juga. Kadar keuntungan kontraktor antara 20% hingga 40%. Ada kontraktor yg ambil kesempatan mengenakan profit sehingga 50%.

Moral of the Story : Buat Belanja Bijak

NEXT TOPIK : Saya akan cerita bagaimana bina rumah sendiri.