BELI TANAH BUAT RUMAH
Hari ni sy nk kupas sedikit berkenaan buat rumah sendiri. Pembinaan rumah di tanah sendiri ada dua pilihan :-
Pertama : Panggil kontraktor buat rumah
Secara jujurnya proses ini sama sahaja seperti anda membeli rumah di mana mana pemaju perumahan. Cuma bezanya, anda sendiri yang menentukan pelan, saiz, rupa dan spesifikasi rumah tersebut. Kontraktor akan bertindak menguruskan segala proses bermula memohon kelulusan sehingga lah rumah itu siap.
KEDUA : Anda bertindak sebagai kontraktor
Proses ini sangat menjimatkan dari segi kos. Tiada kos tersembunyi. Anda yang menguruskan rumah dari awal hingga akhir. Proses in perlukan kekangan masa anda. Jadi pada yang bekerja 8 pagi hingga 8 malam proses ini tida sesuai. Anda sendiri yg memantau segala proses melibatkan pembelian bahan binaan, upah tukang dan pelbagai lagi.
Saya gambarkan situasi 2 jiran Cik Mona dan Cik Rose yg duduk berjiran. Cik Mona menggunakan proses pertama manakala Cik Rose menggunakan proses kedua. Kedua dua nya membuat rumah dengan harga yang sama iaitu RM 300,000.++
Terdapat perbezaan ketara antara rumah Cik Mona dan Cik Rose contohnya jenama bahan di gunakan, gred bahan dan juga kecanggihan.
Rumah Cik Rose jauh lebih mewah dari Rumah Cik Mona. Saya bandingkan dimana kah perbezaan ketara yg dpt di lihat.
CIK MONA CIK ROSE
Bahan Binaan = RM 120,000 RM 180,000
Upah = RM 120,000 RM 120,000
Keuntungan = RM 60,000 Tiada
Kontraktor
Nampak kat mana beza??
Satu hari Mak Mertua Mona dtg melawat.
Mak Mertua : Berapa harga rumah kau ni Mona?
Cik Mona : Tiga ratus ribu, Mak!
Secara kasarnya, jawapan Cik Mona salah. Harga sebenar rumah Cik Mona adalah RM240,00 sahaja.
Kontraktor x boleh dipersalahkan dalam hal ni. Diorang pun nak cari makan juga. Kadar keuntungan kontraktor antara 20% hingga 40%. Ada kontraktor yg ambil kesempatan mengenakan profit sehingga 50%.
Moral of the Story : Buat Belanja Bijak
NEXT TOPIK : Saya akan cerita bagaimana bina rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment