Monday, July 6, 2015

LANGKAH PERTAMA : CARI TAPAK RUMAH



Pertama kali, ape yg anda perlukan adalah tapak rumah. Kat mana nak cari? Ha.. selalu kalau pergi jalan jalan, balik kg ke.. mata tu pandang skit kiri kanan. Kadang kadang ada iklan yang promosi tanah untuk di jual.

Tak jumpa tanah? Anda boleh ke local authority atau pejabat tanah untuk mencari jika ada tanah kosong yg nk dimajukan.

Tak jumpa juga ? Boleh check dekat surat khabar atau pun internet.


Contoh Iklan di Internet



Sebelum beli tanah, boleh lakukan site visit dulu.
1. Tengok kawasan kerjiranan sesuai atau tidak.
2. Keadaan bentuk muka bumi. Elakkan kawasan bercerun.          Nanti kos bina rumah bertambah. Kena bina retaining wall  pulak.
3. Keadaan tanah. Jangan terlampau keras atau lembut.
4. Kalau nak selamat, adakan site visit waktu hujan. Tengok sama ada kawasan itu banjir atau tak.
5. Harga? Saya x pandai sngat psal harga. Bagi sy, cube cari 2 tanah di kawasan sama, cuba compare per square feet harga 2 tanah berikut. Boleh juga check harga tanah di pejabat property.

Dah setel semua, tanah ok, harga puas hati. Boleh lakukan proses pembelian dengan tuan rumah.

Proses Pindah Milik Tanah


A. Dokumen

  1. Dokumen Hakmilik Asal (Geran asal)
  2. Cukai Tanah Tahun Semasa Telah dijelaskan (pastikan tiada tunggakan cukai)
  3. Cukai Taksiran telah dijelaskan(Cukai Pintu Majlis Tempatan)
  4. Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli
Langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk mendapatkan Borang Pindahmilik (14A) daripada Pejabat Tanah berhampiran

Borang yang lengkap di isi harus di tandatangan dihadapan pegawai penyaksi seperti yang telah ditetapkan di dalam Jadual Kelima Kanun Tanah Negara.

Akhir sekali ikrar tukar milik tanah di pejabat duti setem dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

B. Kadar Bayaran

1. Bayar urusan pindah milik tanah
Jika Harga Pasaran :-              

i.   RM 50K ke bawah (RM 50)
ii.  RM 50K ke RM 200K (RM200)
iii. RM 200K ke RM 500K (RM400)

2. Tukar Nama
    RM 30.00

P/s : Lain lain kadar bayaran boleh check di Pejabat Tanah berhampiran

No comments:

Post a Comment