Monday, July 6, 2015

BELI RUMAH vs BUAT RUMAH

BELI RUMAH

Harga rumah NAIK!! Kenapa? Rumah x de kene GST kak.. Heloo, hrga rumah  x de GST, tapi barang binaan di kenakan GST. Potensi untuk harga rumah naik hingga 6 % adalah tinggi. Contohnya bulan lepas harga rumah RM 200,000... bulan depan confirm RM 212,000.. beza RM 12,000 je pun. Sy, kalu dpt RM12,000 boleh hantar mak abah pi umrah.

Sebenarnya, sy x da experience beli rumah ni.. tpi perancgan itu memang ada. Cube bayangkan gaji sy fresh graduate RM2,300. Saya plan nak beli rumah, flat atau apartment untuk sy sewakan pd org (kumpul property)

Gaji RM 2,300.++

Duit Mak Abah = RM 400.++
Sewa Rumah =RM 200
Makan & Minum = RM 20 X 30 hari = RM 600.++
PTPTN = RM 200++
Bil Utiliti = RM 150 ++
Brg kelengkapan diri (baju, sabun) = RM 200.00++
Simpananan ASB dan Tabung Haji = RM 300.++
Kereta = RM 400.++
Minyak dan Maintenance Kereta = RM 200.++

Baki gaji untuk membeli rumah adalah = - RM 350
RINGGIT MALAYSIA NEGATIF  TIGA RATUS LIMA PULUH..

Jangan kata nak beli rumah, beli tiang pun belum mampu agaknya.

Ok.. Harga rumah di pasaran minima adalah RM180,000.++ hingga ke maksima iaitu infinity..

Tahu x berapa keuntugan kontraktor untuk satu rumah? Net profit tau. Keuntungan bersih adalah antara 20% hingga 40 % dari harga rumah

Contohnya rumah anda hrga RM180,000
Harga Tanah = RM 30,000++
Harga binaan dan upah = RM 120,00++
Keuntugan = Hampir RM 30,000++ untuk sebijik rumah

Bayangkan jiran korang ade 200 org
RM 30,000 x 200 rumah = RM 6 JUTA !!

Itu kalau rumah RM180 K.. Kalau kat KL x dapt der..
RM 180 K tu taraf rumah flat je..

Lepas tu dah dpt rumah mesti nak renovate kan, nk tukar tiles lah.. pasanh awning lah, besarkan dapurlah..
DUIT LAGI!!

Bgi yang gaji RM 5K ke atas tu, x kisah kot.. tpi kami yg bawah RM3 K ni.. haha


NEXT sy akan kupas lagi psal buat rumah plak.

SELAMAT BERPUASA..

No comments:

Post a Comment