LANGKAH KE ENAM : PEMBINAAN BERMULA
Baiklah, sy sebenarnya tidak mahu mengupas proses pembinaan dari A sampai Z. Anda boleh dapatkan maklumat berkenaan proses, dari blog sahabat sy yg menceritakan sendiri pengalaman mereka membina rumah.
Antara blog yg menjadi rujukan saya adalah
- binarumahsendiri.blogspot
- banglowimpianku.blogspot
- Blog Je Emm
- Perjalanan Membina Rumah Sendiri
- buatrumahsendiri.blogspot
Satu perkongsian yg baik dari penulis. Saya cadangkan sesiapa yg bercadang membina rumah sendiri, membaca sendiri blog tersebut.
Baiklah.. Tujuan sy sebenar adalah membantu pembaca mengenal dan mengira kuantiti bahan binaan rumah anda. Punca masalah seperti budget tidak mengcukupi dan pembaziran bahan binaan adalah menjadi punca kepada proses pembinaan tertangguh.
Cuba bayangkan anda menganggarkan jumlah beg simen untuk pembinaan rumah sebanyak 450 beg. Beli banyak, dpt diskaun. Tetapi setelah proses pembinaan selesai, anda dapati lebihan beg simen sebanyak 10 unit.
1 beg simen = RM 20.++
20 beg simen = RM 200.++
Sebaliknya pula jika bahan binaan x mencukupi. Dalam pada masa yang sama, anda perlu membayar upah pekerja. Proses pembinaan akan tertangguh. Itu baru simen, bagaimana dengan bahan yang lain. Simen jika tidak di simpan di tempat yg betul, akan rosak. Dah rugi RM 200.++
Bagi projek besar, seperti sekolah, hospital, perumahan, mereka mengupah Quantity Surveyor untuk mengira kuantiti bahan yg di gunakan. Tapi bagi projek kecil, x kan nk pkai Qs plak ye.
Jadi sebagai tuan rumah yg bakal anda duduki, anda perlu menganalisa sendiri kuantiti bahan.
Saya harap, penulisan sy selepas ini cara menentukan kuantiti barang dapat membantu anda.
No comments:
Post a Comment